Alu-Aluan Ketua Jabatan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Saya bagi pihak Jabatan Penyelidikan dan Profesionalisme Keguruan (JPIPIK) mengucapkan tahniah kepada semua siswa guru yang berjaya menyambung pelajaran di Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman. Saya percaya anda telah membuat pilihan tepat memilih kerjaya guru dan buktikanlah keazaman anda itu melalui kecemerlangan yang anda peroleh dalam pengajian anda nanti

Laman sesawang Jabatan Penyelidikan dan Profesionalisme Keguruan (JPIPK) ini bertujuan memberi maklumat kepada pelajar dan bakal pelajar dan masyarakat luar mengenai Jabatan ini khususnya berkaitan aktiviti akademik dan penyelidikan.

Jabatan Penyelidikan dan Profesionalisme Keguruan berusaha sedaya upaya berusaha memenuhi tuntutan semasa demi memertabatkan bidang pendidikan guru dan penyelidikan pendidikan. Usaha ini tidak akan berjaya jika tidak mendapat sokongan daripada siswa guru, pensyarah dan warga pendidik. Bagi siswa guru gunakanlah peluang yang disediakan untuk menimba ilmu keguruan sebanyak mungkin sepanjang berada di Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman.

Sekian dan Selamat Maju Jaya

Dr. Ahmad Sobri Shuib
Ketua Jabatan
Jabatan Penyelidikan dan Profesionalisme Keguruan
IPG Kampus Darulaman
06000 Jitra Kedah