PENGENALAN

Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Profesionalisme Keguruan (JPIPK) bertanggungjawab bagi mengendalikan aktiviti berkaitan penyelidikan, penerbitan, dan inovasi bagi membangunkan profesionalisme keguruan di institut. Segala aktiviti jabatan dirangka dan dilaksana berdasarkan Pelan Transformasi IPG, Perancangan Strategik IPGKDA dan Matriks Kompetensi Pensyarah. Tumpuan utama JPIPK adalah untuk menggerakkan budaya penyelidikan dan inovasi dalam kalangan staf akademik IPGKDA melalui penganjuran seminar dan pertandingan inovasi. Bagi mewujudkan kesedaran  dan meningkatkan kompetensi pensyarah, aktiviti sokongan turut dijalankan melalui penganjuran bengkel penghasilan kertas kerja ilmiah berkualiti dan penjanaan inovasi dalam pendidikan. Dalam bidang penerbitan pula, JPIPK bertanggungjawab dalam penghasilan jurnal penyelidikan berwasit dan prosiding seminar, serta menyelaras penghasilan bahan-bahan penulisan terbitan IPGKDA. Selain itu, JPIPK turut bertindak sebagai pasukan pelaksana dalam penilaian program bagi mendapatkan maklum balas pelanggan. Pada masa yang sama, JPIPK turut menyumbang secara aktif dalam pembangunan profesionalisme staf akademik bagi memastikan IPGKDA kekal relevan dalam pembangunan pendidikan negara amnya dan pendidikan  guru khususnya. Kesimpulannya, JPIPK menjadi  tulang belakang dalam  visi IPGKDA  dalam menghadapi kecemerlangan pendidikan dunia penyelidikan dan inovasi