Maklum Balas Pelanggan

MAKLUM BALAS PELANGGAN LUARAN (SEKOLAH)

OBJEKTIF

Prosedur ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas mengenai kepuasan pelanggan secara terancang dan sistematik bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan pendidikan keguruan di IPG dan selaras Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF). Hasil dapatan maklum balas pelanggan akan membantu dalam proses penambahbaikan keseluruhan program PISMP IPG.

SKOP

Prosedur ini digunakan oleh IPGM/IPG untuk menilai kepuasan pelanggan (sekolah) terhadap guru baharu lepasan program praperkhidmatan IPG berhubung dengan aspek berkaitan profesionalisme keguruan serta kemahiran insaniah sebagai seorang guru. Aspek pengajaran dan pembelajaran, penyelesaian masalah, komunikasi, pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat adalah antara konstruk yang dinilai. Penilaian ini dilakukan oleh pentadbir sekolah selepas satu (1) tahun dari tarikh penempatan guru baharu.

RUJUKAN

3.1 Manual Kualiti (IPGM-PPK-MK-01).

3.2 Prosedur Kualiti Tindakan Pembetulan dan Pencegahan (IPGM- PPK-PUP-02).

3.3 Code Of Practice for Programme Accreditation (COPPA) 2nd Edition (2017).

3.4 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007.

3.5 Minit Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP), Mesyuarat Pengurusan IPGM dan Mesyuarat Majlis Kualiti/M3P IPG.

DEFINISI

ISTILAH

Guru Baharu ialah guru lepasan IPG yang pertama kali ditempatkan di sekolah sebagai guru terlatih dalam tempoh setahun (1) pertama perkhidmatan.

Jawatankuasa Maklum Balas Pelanggan (JKMP) ialah jawatankuasa yang bertanggungjawab untuk memantau Soal Selidik Kepuasan Pelanggan (SSKP) LAM-PUP-04-01 secara dalam talian dan membuat analisis terhadap instrumen kepuasan pelanggan untuk dimaklumkan dan diambil tindakan oleh Jawatankuasa Penambahbaikan.

Pegawai Penyelaras ialah Ketua Penolong Pengarah (KPP) Pusat Penyelidikan Pembangunan dan Inovasi (PPPI) IPGM dan KJ PIPK di IPGK

SINGKATAN

PA IPGM: Pengurusan Atasan IPGM (Rektor/Timbalan Rektor)

PA IPG: Pengurusan Atasan IPG (Pengarah/Timbalan Pengarah)

KPP: Ketua Penolong Pengarah

PP: Penolong Pengarah

KJ: Ketua Jabatan

KU: Ketua Unit

PPPI: Pusat Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi

PIPK:Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan

IPGM:Institut Pendidikan Guru Malaysia

IPG:Institut Pendidikan Guru

MPIPGM:Mesyuarat Pengurusan Institut Pendidikan Guru Malaysia

MKSP:Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan

JKMP:Jawatankuasa Maklum Balas Pelanggan

I-SSKP:Soal Selidik Kepuasan Pelanggan Secara Atas Talian