Inovasi IPGKDA bersama MyRIS 2017

Bermula pada tahun 2017 IPG Kampus Darulaman telah menyertai Program MyRIS. Tujuan penyertaan ini adalah bagi mendapatkan bimbingan bagi menghasilkan inovasi yang bertaraf antarabangsa. Program bersama MyRIS akan dilaksanakan dilaksanakan secara berperingkat untuk meningkatkan kemahiran pensyarah dan pelajar dalam penghasilan inovasi.

Langkah pertama telah dilaksanakan melalui Program Menjana Inovasi Bersama  MyRIS 2017 yang telah dilaksanakan pada 15 Februari 2017 di Bilik Serbaguna 4, Pusat Sumber IPGKDA. Objektif program tersebut ialah :

  1. Meningkatkan penguasaan pensayarah dalam  kemahiran menghasilkan inovasi
  2. Merancang dan menghasilkan satu inovasi untuk jabatan masing-masing

Empat  orang fasilitator dari MyRIS UNIMAP telah menjayakan program tersebut yang terdiri daripada:

  1. Dr. Shayfull Zamree bin Abd Rahim
  2. Dr. Muhammad Farizuan Rosli
  3. Encik Faizul Che Pa
  4. Encik Mohd Effendi Muhammad Suandi