Bengkel Inovasi Bersama MyRIS

Program Menjana Inovasi Bersama  MyRIS 2017 telah berjaya dilaksanakan di Bilik Serbaguna 4, Pusat Sumber IPGKDA pada 15 Februari 2017. Pihak JPIPK mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada para peserta kerana telah memberi kerjasama sepanjang pelaksanaan bengkel. Bengkel susulan dijangka akan diadakan bersama MyRIS bagi membentangkan idea inovasi masing-masing. Semoga semua peserta mendapat input yang bermakna dalam bengkel ini.

Pengisian Program adalah seperti berikut:

 Sesi 1
Tajuk:Innovation Talk
Nama Penceramah:Dr. Shayfull Zamree bin Abd Rahim
Masa:9.00-10.00 pg
Pengisian sesi:

  1. Pengenalan inovasi dan invention . Contoh projek inovasi dan reka cipta
  2. Pelbagai jenis inovasi dan reka cipta
  3. Inovasi dan peningkatan kualiti realiti kehidupan
  4. Pengenalan MyRIS dan fungsi MyRIS

Sesi 2
Tajuk:Judging Criteria and Poster Presentation (2)
Nama Penceramah:Dr. Muhammad Farizuan Rosli
Masa: 10.30-11.30 pg
Pengisian sesi:

  1. Proses penghasilan Inovasi
  2. Dokumentasi Inovasi
  3. Penyertaan dalam pertandingan Inovasi

Sesi 3
Tajuk:National and International Exhibition (3&4)
Nama Penceramah: En. Faizul Che Pa  dan En. Mohd Effendi Muhammad Suandi
Masa:11.30-1.00 ptg
Pengisian sesi:

  1. Dokumentasi Inovasi
  2. Penyertaan dalam pertandingan Inovasi

Majlis penutup program telah disempurnakan oleh Datin Naimah bt Jaafar, Pengarah IPG Kampus Darulaman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *